Tuesday 28 August 2012

PROFILE SAYA

MY PROFILE

        Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, impian untuk mewujudkan rumah jagaan warga emas dan pesakit menjadi kenyataan. Terima kasih kepada ahli keluarga yang menyokong dan Suami tersayang yang merealisasikan  impian ini .Tak lupa juga kepada kakitangan JKM Ipoh yang memberi sokongan dan kerjasama.
        Memulakan kerjaya dalam bidang kejururawatan di kolej kejururawatan Kubang kerian Kelantan pada tahun 1997- 1999. Berkhidmat dengan kementerian kesihatan di beberapa buah hospital di Perak ,WP Labuan dan Sabah selama 10 tahun. Setelah berjaya menamatkan pengajian dalam ijazah sarjana muda kejururawatan  saya mengambil  keputusan untuk beralih kepada bidang latihan kejururawatan dan berkhidmat di kolej swasta sebagai pensyarah kejururawatan.
       Begitulah sedikit sebanyak berkaitan dengan diri saya sebelum saya mengambil keputusan untuk menguruskan PUSAT JAGAAN WARGA EMAS NUR AAMAL " Semoga " NUR AAMAL" yang bermaksud" cahaya harapan"  dapat memberi harapan kepada semua warga emas menumpang kasih sayang dan mendapat perhatian  dari segi penjagaan dan emosi.

PUSAT JAGAAN NURAAMAL DAN KEMUDAHAN

 kemudahan bilik yang selesa

1. bilik bertiga
2. bilik berempat
3. "open room"





Monday 27 August 2012

Beralamat di 1134A, Jalan Beruas,
                     kampung baru buntong,
                     30100 Ipoh,
                     Perak (area first garden @ taman pertama silibin)
          tel no : 0165925147

 Matlamat:

Menyediakan perkhidmatan penjagaan unggul kepada pesakit dan warga emas.

Objektif:

  • Penjagaan keperluan asas kehidupan penginapan dan sajian harian dan bulanan.
  • Menyediakan perkhidmatan rawatan susulan dan penjagaan kesihatan.
  • Menjalankan pemeriksaan kesihatan berkala dan apabila diperlukan.
  • Mengatur keperluan pengangkutan bagi temujanji pakar serta lawatan berkumpulan.
  • Memberikan perkhidmatan rawatan dan penjagaan atas pangilan.